Baca Sajak - Jalan Pulang
---> Jalan Pulang <---
Hidup tak menoleh kembali ke belakang
siang berhujung malam berkunjung
hati mula terduga,
ketika kelam menzarah
betapa kerdil hati penggembara
ketika menyusur jalan pulang.
29 Mac 1999
Dipetik dari Kumpulan Puisi Nakhoda Manis - Pelayaran Kedua, DBP Brunei; 2009.
Ulasan