Baca Buku - Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif - Teori dan Proses

Penulis: Dr. Fatimah Busu Judul: Memupuk Bakat dan Minat Penulisan Kreatif - Teori dan Proses Penerbit: PTS Publication & Distributor Sdn. Bhd. Tahun: 2003 Muka Surat: 244p ISBN 983-192-540-8 Harga Jualan: BND$ 12.20 

Ini adalah sebuah buku panduan paling lengkap pernah ditulis berkenaan faktor-faktor penting dalam proses menghasilkan karya novel dan cerpen. Kandungan buku ini termasuk bahan-bahan yang dibincangkan dalam kuliah peringkat universiti. Antara topik yang dihuraikan oleh pengarang ialah; Bagaimana Mencari Bahan dan Inspirasi, Strategi dan Stail Bercerita, Teknik Penulisan, Perwatakan dan Teknik Menampilkan Watak, Merancang dan Menyampaikan Plot, Memilih dan Melukiskan Latar, Menyusun Nada, Mengenal Jenis-Jenis Fiksyen, dan Menggunakan Unsur Pancaundera.

Dr. Fatimah Busu ialah antara sasterawan kontemporari terbaik negara ini. Beliau sudah beberapa kali memenangi Hadiah Sastera, dan sangat terkenal dengan cerpennya "Nasinya Tumpah" yang dijadikan drama televisyen. Beliau pernah memegang jawatan profesor madya di Universiti Sains Malaysia dalam bidang penulisan kreatif.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu