BIMBINGAN MENULIS #01
Saya bersedia membantu awda menjadi seorang penulis kreatif yang berjaya...
Sangat
sedikit orang yang dapat memberitahu awda tentang apa yang salah dengan hasil
penulisan kreatif awda, dan bagaimana memperbaikinya. Kebanyakan perunding
dalam bidang penulisan kreatif (dan penulis terkenal, dan editor) hanya
memberitahu 'gejala buruk' mengenai apa yang telah awda tulis.
Sebagai
seorang penulis, saya telah dibayar untuk menulis dalam bidang penulisan
kreatif dan sejumlah skrip untuk drama TV. Jadi saya mempunyai banyak
pengalaman dalam bidang penulisan, memberi nota, dan berusaha untuk membantu
sehingga penulisan kreatif awda berjaya diterbitkan. Bermula
dengan hanya SGD$12.99 saya bersedia membaca hasil penulisan kreatif awda dan
memberi komentar secara profesional, kritik dan melakukan yang terbaik untuk
menjawab soalan awda dalam masa tiga (3) bulan atau lebih, kecuali jika saya mempunyai
waktu yang sangat mendesak.
Untuk
mengikuti bimbingan ini, sila kirim email kepada saya dengan menyatakan nama penuh, alamat tetap, nombor telefon, genre penulisan dan jumlah karya awda melalui emel berikut editor@puasha.com untuk urusan temujanji dan bayaran online, iaitu cara
terbaik untuk membayar perkhidmatan saya yang boleh awda lakukan melalui akaun bank. Sebaik
sahaja urusan temujanji dan bayaran disahkan, awda bolehlah menghantar hasil penulisan kreatif awda
atau apa-apa juga surat permintaan melalui email. Ini adalah cara termudah dan
terpantas.
Saya bersedia membaca penulisan kreatif awda
dalam pelbagai format. PDF adalah format yang universal, gunakan ia jika awda
mahu saya memberi komentar berpandukan pada nombor muka surat teks. Akan tetapi
jika anda mempunyai Microsoft Word, program inilah yang saya gunakan secara
profesional. Untuk itu jangan berlengah untuk menyertai bimbingan ini, dan sila hubungi saya melalui;
Puasha.com
Peti Surat No. 13
Pejabat Pos Limau Manis
Brunei BH2384
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
Peti Surat No. 13
Pejabat Pos Limau Manis
Brunei BH2384
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
WhatsApp/Tel: +673-8664955
Emel: editor@puasha.com
"Awda bermula dengan meniru penulis yang anda kagumi. Kemudian awda pergi kepada penulis yang lainnya, dan meniru mereka. Tiada apa yang salah dalam hal ini. Apa yang salah ialah apabila bakal penulis [seperti awda] enggan untuk membaca karya penulis lain... Selalunya orang yang mendakwa, "saya mempunyai suara yang unik", akan tercemar oleh pengaruh penulis lain. Saya tidak fikir ini adalah benar. Saya mengesyaki ia adalah karut semata. Tiada siapa yang bermula dengan suara yang unik. Karya sastera adalah mengenai apa yang kita pelajari. Kita mungkin boleh berfikir mengenai setiap perkara setiap kali kita mula menulis, tetapi mereka tidak: mereka adalah hasil daripada apa yang kita telah diberikan untuk belajar membaca di sekolah... Saya tidak tahu adakah mana-mana penulis besar yang tidak membaca tulisan orang lain... Saya tidak fikir kita boleh mengharapkan orang lain untuk membaca apa yang kita tulis melainkan jika kita membaca apa yang orang lain tulis terlebih dahulu." [Ucapan Michael Wilding di Seminar Persatuan Penulis Wanita, Pusat Penulis New South Wales, Australia: Mac 1997; Dipetik dari Irina Dunn - 1999, The Writer's Guide: a companion to writing for pleasure or publication. Allen & Unwin: Australia. hlm.67 [terjemahan saya]
Ulasan