Tentang Penulis
Berpendidikan Melayu dan Inggeris dalam Aliran Matrikulasi sehingga berpeluang meneruskan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Rendah di Universiti Brunei Darussalam
pada tahun 1989 - 1992. Mula bergiat dalam bidang penulisan sejak tahun 1985 dan karyanya pernah dimuatkan
dalam Majalah Mekar, Juara, dan Bahana yang diterbitkan oleh Jabatan Dewan
Bahasa dan Pustaka, akhbar rasmi kerajaan Pelita Brunei terbitan Jabatan
Penerangan, akhbar harian Media Permata terbitan Brunei Press Sendirian
Berhad, dan rancangan-rancangan khas di Radio Televisyen Brunei.
Antara kejayaan yang pernah dicapai oleh
penulis ialah memenangi Hadiah Kreatif Bahana, Shell-DBP dalam kategori
Puisi yang berjudul Nostalgia pada tahun 1995, kategori Cerpen yang berjudul Kebun pada tahun 1999 serta dalam kategori
Haiku pada tahun 2002. Turut menerima Penghargaan Aktivitis Bahana 97-99, dan juga penerima Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda Majlis Sastera Asia Tenggara (MASTERA) setelah dipilih sebagai Sasterawan Kreatif Terbaik Negara Brunei Darussalam pada 27 September 2010 di Jakarta, Indonesia, serta sebagai Aktivis Sastera Tanah Air di Malam Apresiasi Penulis "Bahasa Jiwa Bangsa" sempena Bulan Bahasa pada tahun 2015.
Karya-karya yang telah dihasilkan
oleh penulis termuat diantaranya dalam Antologi Cerpen Kanak-kanak Mekar
Sesekali Angin Bertiup, DBP:1997, Antologi Puisi Larian Hidup, DBP: 1999,
Antologi Puisi Kosovo Bilakah Langitmu Kembali Biru, DBP: 2000, Antologi Sajak
Cermin Diri (Teks Pelajar Kesusasteraan Melayu), Jabatan Perkembangan
Kurikulum: 2000, Antologi Haiku Kulimpapat DBP: 2001, Antologi Cerpen dan Puisi
Sungai Si Arau, DBP: 2003, Antologi Cerpen dan Puisi Mitos Pencarian, DBP:
2010, Antologi Cerpen Sempena Jubli Emas 50 Tahun Kebawah Duli Yang Maha Mulia Menaiki Takhta Anugerah Terindah, DBP: 2017, dan Antologi Puisi Jubli Emas 50 Tahun Di Atas Takhta Dalam Cermin Sejarah, Pusat Sejarah Brunei: 2019.
Hasil karya penulis yang telah
dimuatkan dalam akhbar Pelita Brunei juga telah diterbitkan semula dalam
Koleksi Cerpen Pilihan Dalam Pelita Brunei Pewaris Kemenangan Bangsa, Jabatan
Penerangan: 2002, Koleksi Cerpen Pilihan Dalam Pelita Brunei Gadis Misteri,
Jabatan Penerangan: 2002, Koleksi Cerpen Pilihan Dalam Pelita Brunei Tua Dan
Aktif, Jabatan Penerangan: 2002, dan Koleksi Cerpen Pilihan Dalam Pelita Brunei Jerangkap, Jabatan Penerangan 2002.
Di samping itu penulis juga pernah diberi peluang menulis untuk kolum ulasan cerpen, dan menulis pelbagai artikel umum serta berita mengenai kegiatan bahasa dan sastera dalam akhbar harian Media Permata terbitan Brunei Press Sendirian Berhad pada sekitar tahun 2000 hingga 2007.
Di samping itu penulis juga pernah diberi peluang menulis untuk kolum ulasan cerpen, dan menulis pelbagai artikel umum serta berita mengenai kegiatan bahasa dan sastera dalam akhbar harian Media Permata terbitan Brunei Press Sendirian Berhad pada sekitar tahun 2000 hingga 2007.
Beberapa buah naskah skrip drama TV hasil dari tangan penulis juga telah dipilih bagi mengisi
rancangan-rancangan drama TV tempatan dan luar negara, di antaranya Amanat (judul lain Menyulam Kasih) telah dijadikan skrip Rancangan Drama Khas TV MoU terbitan RTB –
MediaCorp TV / Suria, Singapura: 2002, Sebening Kasihnya telah dijadikan skrip rancangan
Dokudrama Hari Raya Aidil Adha terbitan RTB: 2009, Menentang Arus telah
dijadikan skrip Rancangan Drama Khas TV sempena Israk Mikraj terbitan Biro
Mencegah Rasuah dan RTB: 2010, Kembali Ke Pangkal Jalan telah dijadikan skrip
Rancangan Drama Khas TV sempena Hari Antarabangsa Membenteras Penyalahgunaan
Dadah Haram terbitan RTB: 2011, dan Selamat Hari Jadi Mona telah dijadikan
skrip Rancangan Drama Khas TV sempena 30 Tahun Biro Mencegah Rasuah terbitan
Biro Mencegah Rasuah dan RTB: 2012 (lihat juga buku Kumpulan Drama TV Amanat, DBP: 2014).
Penulis juga
adalah seorang penyelidik/pengarang/penyusun bagi beberapa buah buku umum/ilmiah khusus dalam bidang etnografi sebagai salah satu cabang ilmu antropologi dan sosiologi yang di antaranya ialah Bedil: khazanah ristaan Brunei silam, Jabatan Muzium-Muzium Brunei: 2012, Bibliografi Budaya Brunei, Jabatan Muzium-Muzium Brunei: 2015, di samping terlibat sebagai salah seorang penyelidik bagi mewakili Negara Brunei Darussalam untuk sebuah penerbitan buku yang berjudul 100 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea. Seoul: APCEIU, SEAMEO-SPAFA and SEAMEO Secretariat:
2015, dan berakhir dengan sebuah buku persendiriannya yang berjudul Subung: Transkripsi dan Terjemahan, Jabatan Muzium-Muzium Brunei: 2019.
Setakat ini penulis telah
menghasilkan novel Sebuah Pondok Di Bukit Kota, DBP: 2004, Kumpulan Puisi
Nakhoda Manis Pelayaran Kedua, DBP: 2009, Kumpulan Cerpen Cetera Merdeka, DBP:
2010, Kumpulan Puisi Sandiwara, DBP: 2014, Kumpulan Drama TV Amanat, DBP: 2014, dan disusul dengan sebuah eBook-pdf. Kumpulan Puisi dan Cerpen Kanak-Kanak Menjelang Remaja Kisah di Sebuah Halaman, Krafiti Enterprise: 2015, adalah merupakan buku-buku persendiriannya. Sehingga sekarang, penulis juga masih giat menulis melalui weblog rasminya
puasha.com atau https://puasakamis.academia.edu/ yang dikemaskini secara berkala.
Ulasan