Wajah penulis-penulis Brunei
Jika kita
memakai pendapat di atas, kelahiran buku Wajah Penulis-Penulis Brunei (DBP:
2011), mahupun terbitan buku pertamanya Biografi Penulis Brunei (DBP: 1987) belumlah
mencapai seperti apa yang kita harapkan. Lebih-lebih lagi penyusun buku ini menyatakan
bahawa “buku ini adalah catatan ringkas mengenai 105 orang penulis Brunei
Darussalam.” Dan “bukanlah merupakan senarai penulis yang lengkap tetapi
memadailah sebagai satu pengenalan bagi mengetengahkan penulis tempatan untuk
tatapan pembaca dan peminat sastera sebagai sumber rujukan.”
Oleh yang
demikian, kita masih jauh ketinggalan untuk melihat sebuah biografi penulis
yang lebih lengkap dan komprehensif dapat terbit di negara ini. Kita masih jauh ketinggalan untuk dapat melihat sebuah kisah atau keterangan tentang
kehidupan penulis-penulis kita di negara ini dengan selayaknya kepada
masyarakat kita sendiri. Kita juga masih jauh ketinggalan untuk mengetahui
apakah cerita yang sebenarnya, perasaan, pengalaman, dan jasa yang telah mereka
hasilkan di sebalik nama dan wajah yang sering kita lihat bersama karya-karya
mereka. Apapun saya harap usaha ini akan dapat berjalan lebih jauh lagi, dan kita
sebagai penulis mestilah lebih bersedia untuk memberi sumbangan dan kerjasama
yang sebaik-baiknya.
Ulasan