Perkembangan Puisi Mutakhir di Brunei Darussalam

Sebagai sebuah negara yang masih muda setahun jagung dalam arena kemerdekaan di rantau ini, sudah setentunya perkembangan dan perubahan puisi (sajak) mutahir di Brunei Darussalam dari segi tema dan persoalannya tidak banyak membawa perubahan maksud dan isi hati penyair-penyairnya walaupun semangat kebangsaan selepas merdeka masih meluap-luap di dada dan jiwa setiap lapisan rakyat Brunei Darussalam, terutama untuk membuat dan membawa sesuatu perubahan dalam kehidupan.

Ini tidak terkecuali kepada penulis-penulis sajak yang mempunyai jiwa perasa, yang selalu mengungkapkan pandangan yang puitis, mengharukan dan memikat terhadap persoalan kemanusiaan serta kemerdekaan negara. Apatah lagi sistem politik dan pentadbiran di Brunei Darussalam amat berbeza dengan Negara Malaysia, Singapura, dan Indonesia setelah mencapai kemerdekaan, namun demikian setiap lapisan rakyat di Brunei Darussalam tetap menghormati satiap apa yang dibuat oleh pemerintah yang sentiasa mempeduli kehidupan rakyatnya.

Walaupun perkembangan puisi mutakhir di Brunei Darussalam tidak banyak mengalami perkembangan sejak merdeka, namun begitu kemunculan penulis-penulis baru yang begitu banyak masih dapat dibanggakan sebagai suatu perubahan dari segi kuantiti penulis. Selalunya penulis-penulis seperti ini adalah merupakan golongan yang wujud mengikut keadaan musim: mereka hanya akan menulis apabila menerima tekanan perasaan keremajaan mereka. Di samping menerima tekanan rasa tidak puas hati pada sesuatu perkara yang tidak dapat mereka miliki. Penulis-penulis puisi seperti inilah yang banyak tumbuh seperti cendawan di Brunei Darussalam. Dipetik dari Jawawi Haji Ahmad, 1985. Perkembangan Puisi Mutakhir Di Brunei Darussalam. dlm  Sekitar Kritikan Sastera Melayu Brunei. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka. hlm. 53

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.