Retrospektif - Apabila Haji Mariat Haji Abdullah Menulis
Saya tahu, pada waktu itu karya
saya tidak banyak diberi perhatian dari pembaca, penulis, pengkritik, dan
pengkaji sastera kita di sini - apatah lagi menerima satu kajian dari
mahasiswa/i kita yang belajar di universiti.
Apabila Haji Mariat menulis; “Cerpen
yang menarik perhatian saya untuk diulas kali ini bertajuk Ibu tulisan Puasha yang tersiar di akhbar rasmi kerajaan Pelita
Brunei keluaran yang bertarikh 3 Mei, 2000”, saya mula percaya bahawa penulis
muda seperti saya (dan awda juga) masih mempunyai keberuntungan untuk terus berkarya
dengan lebih jauh.
Nah, sekarang saya juga sudah
dapat melihat begitu banyak penulis muda kita tampil ke hadapan. Karya mereka
sudah tentu jauh lebih berbeza dengan karya kita satu, dua atau tiga dekad yang
lalu, sehingga penulis seperti kita berasa sangat bangga dengan gaya atau tema
yang dibawakan kerana kita sudah berada di zaman teknologi, informasi, dan
komunikasi yang begitu canggih.
Tidak sedikit, cara dan pola
berfikir dan berkarya mereka juga sudah tentunya jauh berubah sesuai dengan
kecanggihan yang ada. Cerpen Ibu (Pelita
Brunei: 2000, Kumpulan Cerpen Cetera Merdeka: 2010) mendapat respon yang baik
dari Haji Mariat Haji Abdullah di antaranya adalah kerana cerpen ini berdiri
atas tema ‘kasih sayang anak dan ibu kandung yang sekian lama terpisah’.
Namun, apakah tema ini masih
sesuai dengan cara dan pola fikir dalam karya penulis muda kita sekarang?
Dan seterusnya Haji Mariat Haji
Abdullah menulis, “… Puasha adalah penulis yang rajin berkarya, justeru selagi
masih banyak bahan yang boleh diimaginasikan, tulislah atau ketiklah taip
ataupun computer untuk berkarya ke sekian lainnya demi masyarakat serta
kepuasan diri. Kritik pada sesebuah karya itu adalah suatu ilmu, maka terimalah
ia sebagai penggalak meskipun barangkali ada yang boleh menyebabkan
ketidaksenangan hati.”
Ulasan