Baca Buku - Antologi Sajak Cermin Diri

Judul: Antologi Sajak Cermin Diri Penulis: Pelbagai Penulis Penerbit: Jabatan Perkembangan Kokurikulum, Kementerian Pendidikan Tahun: Cetakan Pertama (Edisi Kedua) 2009 ISBN: 99917-2-319-6 Harga: BND$3.80

Antologi sajak ini memperlihatkan era sajak-sajak Brunei mutakhir pada tahun 1980an hingga 1990an yang cukup puitis dan sejajar dengan pelbagai peringkat audien di Negara Brunei Darussalam. Antologi ini memberi cerminan bahawa penyair-penyair Brunei telah berjaya menggarap dengan begitu mantap dan bernasnya tentang persoalan kehidupan yang mereka fokuskan.

Melalui antologi ini juga terlihat beberapa perutusan yang juga dikenali sebagai amanat, motif, atau tujuan sebenar penyair menghasilkan sajak. Ia bersifat positif dan menuju kepada maksud kehidupan yang baik dan sebuah pesanan, atau perutusan yang mungkin secara nyata atau tersembunyi. Di samping memiliki keindahan atau estetik puitis yang terpancar pada pemilihan kata-kata atau diksi yang diolah dengan baik.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu