Baca Sajak - Kita

<--- Kita --->

masih ada yang bertanya, kita menulis ini untuk siapa
kalau menulis untuk perompak - mereka juga tidak pernah
ada masa dan tahu untuk membaca, ahli politik juga selalu
sibuk memelihara kepimpinannya,lalu penagih dadah dan ganja
juga terus khayal dan tidak pernah membaca apa yang kita tulis

lembaran dan buku-buku hasil tulisan kita ini sebenarnya
untuk siapa,

kalau untuk anak-anak - mereka juga masih baharu
belajar untuk mencari penghidupan dan masih belum faham,
ahli ekonomi juga selalu sibuk mengira wang dan nilai keuntungan,
lalu ibu dan bapa kita juga sering marah-marah kerana mereka
juga tidak pernah ada masa untuk membaca apa yang kita tulis

saudara-saudara kita juga tidak pernah mahu membaca apa yang
telah kita tulis, dan ketawa

bebuloh
19/07/2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu