Baca Sajak - Resmi Padi

---> Resmi Padi <---


Tidak seperti apa yang kau katakan
masa mudamu yang sangat mudah
atau payah yang sangat sukar untuk kau gilap
tidak semua orang yang mampu mencapai kejayaan dan kecemerlangan hidup
tapi untuk apa kau berasa bangga diri kerana masih ada orang lain yang gagal mencipta namanya – untuk diri dan keluarga, untuk masyarakat, bangsa dan agama, untuk negara.

Resmi padi, semakin tunduk semakin berisi
semakin berilmu atau tinggi pangkatnya semakin merendah diri
tidak sombong dan bermegah dengan apa yang ada padanya
atau semua orang akan berasa iri hati denganmu, tapi setelah tahu sikap dan perangai
hampa dan tampi tidak berisi. Sekeping nyiru dan tiupan bayu sudah berlalu
sebuah lesung dan alu tidak lagi berbunyi – untuk siapa masa mudamu, atau masa tuamu tidak lagi mempunyai identiti ini.

kota batu
22/08/2024

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu