Baca Sajak - Layar Cetera Kita

[ ... ]

lalu, siapakah kita sebenarnya sehingga lupa pada sejarah bangsa dan tanah air kita ini; kulihat hidupmu telah dipengaruh oleh tatacara moden dan up-to-date dalam rangkaian era teknologi komunikasi internet yang menyumbangkan segala informasi, hiburan, permainan, e-sukan, judi, dan bahasa lucah, sehingga anak-anak kita ada yang tidak lagi mengenal siapa ibu dan bapa serta keluarga mereka, atau mudah menjadi marah jika kemahuannya tidak lagi diambil peduli, sehingga menghabiskan masa sekolahnya dengan sia-sia atau tidak lagi mahu berjuang untuk terus maju dalam hidupnya, dan aku takut jika usia muda mereka akan membunuh setiap wawasan merdeka dalam sejarah dan tanah air yang telah kita bina selama ini.

Dipetik dari Sajak "Layar Cetera Kita" dalam Wadah Penyair Darussalam. Bahana. Bil 452 Jilid 59, Januari - Februari, 2024. Bandar Seri Begawan: Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei. hlm. 18.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu