Bagaimanakah manusia kota telah dipaparkan atau dibicarakan dalam karya sastera?
Manusia kota
dalam karya sastera, khususnya di Negara Brunei Darussalam sudah bermula dengan
cerpen-cerpen yang dihasilkan dalam tahun-tahun 1971 – 1972 melalui MuslimBurmat dengan Antologi Cerpen Pelarian (DBP, Brunei; 1977).
Antologi Cerpen Pelarian
adalah suatu rakaman penulis dari satu sudut kebudayaan asing yang
sophisticated dan mencabar. Beliau telah memulakan tulisannya dengan tempat dan
suasana kota yang pernah dialaminya, dan dengan manusia tertentu yang mungkin
dapat dikenalinya secara dekat.
Antologi
Cerpen Pelarian mengandungi enam buah cerpen, dan salah sebuah daripadanya
ialah cerpen yang berjudul Pohon-Pohon Di Alps. Melalui cerpen ini Muslim
Burmat menggambarkan manusia kota itu seperti berikut;
“Muzik
berhenti dan orang duduk semula. Sebentar kemudian muzik timbul lagi dan lampu
menyala dan di tengah pentas, para penari second generation mula beraksi. Mereka
menari, menyanyi dan melompat. Kepada mereka yang tidak gemar dengan tarian itu
akan mengaggap tarian tersebut kekeringan seni dan tak laku, tetapi kepada
anak-anak muda dan penggemar-penggemarnya mentafsirkan yang tarian itu suatu
penganalisaan terhadap cantuman kebudayaan, sex dan masa, di mana
ketiga-tiganya harus dilengkapkan kepada generasi sekarang dan akan datang”.
Muslim Burmat (DBP, Brunei 1977: 69)
Manakala
Nurfik Brunei melalui koleksi puisinya Heyyyyyyy (DBP, Brunei: 2008) turut merupakan
satu koleksi segar yang menandakan tahap kecapaian kesusasteraan Brunei,
khususnya dalam bidang sajak. Perhatikan sajak mini yang berjudul Pertempuran
Kota seperti berikut;
“Seekor
gajah berdiri gagah
Menghunus senjata
Di tengah
kota
Tetiba…,
Rebah digigit
semut api.”
Menurut Z. A. Brunei melalui Susur Kata koleksi puisi tersebut - sajak ini juga menggambarkan bahawa jika gajah dilambangkan sebagai manusia yang
berdiri dan menghunus senjata di tengah kota, sudah pasti peristiwa tersebut
membawa naratif yang boleh memberikan kesan huru-hara pada sesebuah komuniti
yang dirujukkan sebagai kota. Nurfik Brunei (DBP, Brunei 2008: xiii)
Melalui novel
Puncak Pertama (DBP, Brunei: 1988), Muslim Burmat juga telah memperlihatkan
jaringan-jaringan kehidupan yang berbagai – antara realiti dan khayalan yang
diadun dalam rangkaian sejarah kebangkitan semangat nasionalisme, cita-cita
bangsa dan harapan rakyat.
Ulasan