Lain-Lain Buku Bersama Penulis

Penyusun: Pudarno Binchin, Puasa Kamis dan Haji Muhd Shahrin Abdullah Judul: Bedil - Khazanah Ristaan Brunei Silam Penerbit: Jabatan Muzium-Muzium Brunei Tahun: 2012 Muka Surat: 146p Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-30-49-4

Buku ini adalah merupakan sebuah kumpulan artikel yang telah dikutip daripada beberapa buah penerbitan yang terdahulu, berserta dengan sejumlah artikel baru, seperti berikut;

1. An Introduction to Bedil: the traditional Brunei Cannons oleh Haji Mohd Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos 2. Brunei Cannon oleh P. M. Shariffuddin 3. Brunei Cannon: their role in Southeast Asia (1400-1900AD) oleh Tom Harrisson 4. Brunei Brass: the traditional method of casting oleh J. S. Lim dan P. M. Shariffuddin 5. Bentuk Tumbuh-Tumbuhan dalam Lorekan Perusahaan Tembaga Tradisi oleh Bantong Antaran 6. Brunei Cannon: Functions and Symbolism oleh Muhammad Zharif bin Haji Sabli 7. Bedil Brunei: warisan budaya masyarakat Negara Brunei Darussalam oleh Dayangku Norazah binti Pengiran Haji Muhammad 8. Teknologi Pembuatan Bedil di Brunei oleh Puasa Kamis 9. The Commodification of Bedil: from weapon of destruction (defense) to museum display and tourism oleh Pudarno Binchin.

----------

Penyusun: Puasa Kamis dan Pazidah Haji Pudin Judul: Bibliografi Budaya Brunei Penerbit: Jabatan Muzium-Muzium Brunei Tahun: 2015 Muka Surat: 261p Binding: Kulit Nipis ISBN 198-99917-30-06-0

Setakat ini bibliografi khusus mengenai budaya Brunei masih sukar untuk kita perolehi, dan buku Bibliografi Budaya Brunei ini adalah merupakan langkah awal bagi membuka jendela ke arah kegiatan penyelidikan budaya Brunei khususnya kepada para penyelidik dan pengkaji budaya di kalangan tujuh Puak Jati Brunei, iaitu Puak Melayu Brunei, Puak Belait, Puak Bisaya, Puak Dusun, Puak Kedayan, Puak Murut, dan Puak Tutong menurut Perlembagaan Negeri Brunei 1959.

Kajian budaya khususnya dalam bidang antropologi di negara ini turut memainkan peranan penting sebagai suatu cara yang amat praktikal untuk memahami dan mendalami pengetahuan kita mengenai sesuatu upacara dan sistem di dalam sesebuah masyarakat, sehingga dapat menghasilkan satu pertalian pemikiran yang sangat erat yang bukan sahaja menghasilkan sebuah bangsa yang bernegara maju malahan juga sebagai sebuah bangsa yang memiliki semangat spiritual yang dikagumi.

Oleh yang demikian Bibliografi Budaya Brunei ini adalah sebuah buku yang sangat menarik sekali untuk kita miliki yang mengandungi senarai rujukan yang terhasil daripada pelbagai tulisan dan kajian yang bermula dari bentuk buku, monograf, jurnal, majalah, kertas kerja, kajian ilmiah dan lain-lainnya yang pernah terbit sejak dari tahun 1880 sehingga 2014. Meskipun usaha penyusunan buku ini bukanlah merupakan sesuatu yang baharu namun kita mempunyai harapan ia akan dapat membantu dan memberi banyak manfaat kepada semua yang terlibat dan berminat mengenai budaya di negara ini.

----------

Title: 100 Everyday Objects from Southeast Asia and Korea Publisher: ASEAN-ROK Cooperation Fund, APCEIU in collaboration with SEAMEO Secretariat and SEAMEO SPAFA, Seoul. Year: 2015 Pages: 124p ISBN 978-616-7961-01-9 (Download eBook)

This book constitutes a teaching framework with high quality visual data and interesting stories addressing various themes related to artistic, social, and cultural histories relevant to the sub-region.

Categorized into (1) Eating & Preparing Food (2) Clothing (3) Household Objects (4) Recreational Objects (5) Sacred Universe and Communal Objects and (6) Agricultural, Farming & Fishing Objects, those 100 objects will help the students to enhance international understanding of and respect for other cultural heritages.

The resource books are currently available in Bahasa Indonesia, Bahasa Melayu, English, Filipino, Khmer, Korean, Lao, Thai, and Vietnamese languages.


----------

Penyelidik/Penyusun: Puasa bin Kamis Judul: Subung - Transkripsi dan Terjemahan Penerbit: Jabatan Muzium-Muzium Brunei Tahun: 2019 Muka Surat: 206p ISBN: 978-99917-30-89-9 (Kulit Nipis) Harga: BND $12.00

Subung adalah salah satu dari sekian banyaknya himpunan kisah epik tentang dewa-dewi masyarakat Bisaya, atau yang biasa kita kenali sebagai cerita penglipur lara, cerita lisan, cerita rakyat, ataupun folklore yang berbentuk syair panjang yang dinamakan sebagai siram.

Sepertimana dengan diangdangan yang sangat terkenal dengan Bujang Si Gandam, Si Gandam Baras, Si Kamdung Larai, Tuan Pemagat, Sultan Muda Pukul Gelombang, Tuan Pemagat Pukul Gelombang, dan lain-lainnya dalam kalangan masyarakat Melayu Brunei, siram juga sangat popular dan digemari oleh masyarakat Bisaya di Brunei pada suatu ketika dahulu dan ia disampaikan secara spontan dan berlagu sambil memukul sebiji dombak oleh penyampainya.

Dalam memperkasa warisan budaya setempat, Subung telahpun didokumentasikan dan diterbitkan sedemikian rupa bentuknya, dengan tujuan untuk dikongsi serta dihayati oleh masyarakat kita dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

Ulasan