Subung - Transkripsi dan Terjemahan

Penyelidik/Penyusun: Puasa bin Kamis Penerbit: Jabatan Muzium-Muzium Brunei Tahun: 2019 Muka Surat: 206Pp. ISBN 99917-30-89-9 Harga: BND$12.50

Siram Subung adalah salah satu dari sekian banyaknya himpunan kisah epik tentang dewa-dewi masyarakat Bisaya, atau yang biasa kita kita kenali sebagai cerita penglipur lara, cerita lisan, cerita rakyat ataupun folklore yang berbentuk syair panjang yang dinamakan sebagai siram.

Sepertimana dengan diangdangan yang sangat terkenal dengan Bujang Si Gandam, Si Gandam Baras, Si Kamdung Larai, Tuan Pemagat, Sultan Muda Pukul Gelombang, Yuan Pemagat Pukul Gelombang, dan lain-lainnya di kalangan masyarakat Melayu Brunei, siram juga sangat popular dan digemari oleh masyarakat Bisaya di Brunei pada suatu ketika dahulu dan ia disampaikan secara berlagu sambil memukul sebiji dombak oleh penyampainya.

Dalam memperkasa warisan budaya, Siram Subung telah didokumentasikan dan diterbitkan untuk dikongsi dan dihayati oleh masyarakat, dari satu generasi ke generasi yang seterusnya.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Peraduan Menulis Karangan, Cerpen dan Rencana 2011 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Brunei.

Majalah Mekar dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak di Negara Brunei Darussalam

Ucapan Terima Kasih di atas pemberian Hadiah Penghargaan Sasterawan Muda MASTERA bertempat di Hotel Santika, Salipi, Jakarta, Indonesia pada 27hb September 2010.

'Aku Tidak Mahu Rasuah' bukan isu baharu

11 Fungsi Cerita Kanak-Kanak Yang Perlu Kita Ketahui.