Apabila Kedai Buku, Jurnal, Majalah, dan Surat Khabar Kita Tidak Ada Pembeli
Sering kali kita dengar, harga buku terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan harga sepiring makanan kegemaran yang kita nikmati setiap hari. Akan tetapi jika kita dapat berfikir dengan sebaik mungkin, kita akan dapat tahu kebanyakan buku adalah sumber ilmu pengetahuan yang patut kita baca dan pelajari. Apabila kita latih diri kita dengan tabiat membaca, ia bukan sahaja memperkayakan ilmu pengetahuan kita, malah membaca juga akan mengisi ruang hidup kita daripada menjalani sebuah kehidupan yang salah dari segi moral dan peraturan-peraturan sosial, atau undang-undang negara. Oleh yang demikian, buku sebenarnya tidaklah terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan harga sepiring makanan kegemaran yang kita nikmati setiap hari. Walaupun kita sangat jarang menemui kedai buku yang hampir dengan tempat tinggal kita jika dibandingkan dengan kedai makan, kedai runcit, pasar raya, dan gedung beli belah, kita tidak sepatutnya melupakan kedai buku. Kira-kira 25 tahun yang lalu, kita suda...