Catatan

Isu Sosial sebagai Tema dan Persoalan dalam Penulisan Sajak

Imej
Tanggungjawab dan kesedaran sosial telah membawa kita untuk terus menulis berbagai isu sebagai tema dan persoalan dalam kebanyakan sajak. Sebagai seorang penyair, kita bukan sahaja menulis mengenai kemiskinan, keluh-kesah atau susah-payah kita dalam menjalani kehidupan ini sehari-demi-sehari. Malahan isu sosial, terutama masalah moral sangat patut diambil kira oleh setiap penulis atau segenap lapisan masyarakat. Masalah moral, terutama sekali pergaulan bebas sudah sekian lama wujud sejak beribu-ribu tahun yang lampau, dan sehingga sekarang kita bagaikan masih bergelumang dengan masalah ini. Ini bukan hanya bermakna bagi individu yang berpendidikan rendah atau tinggi, malah kebanyakan ahli dalam masyarakat moden atau maju masih tidak sedar dengan keburukan yang ada. Lalu, kita sangat percaya masalah ini akan membawa kesan yang sangat buruk dan ditakuti akan membawa bencana dalam sosial-budaya kita. Ini ditambah lagi dengan munculnya fahaman dan gaya hidup segelintir masyarakat yang sang

Apabila Kedai Buku, Jurnal, Majalah, dan Surat Khabar Kita Tidak Ada Pembeli

Imej
Sering kali kita dengar, harga buku terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan harga sepiring makanan kegemaran yang kita nikmati setiap hari. Akan tetapi jika kita dapat berfikir dengan sebaik mungkin, kita akan dapat tahu kebanyakan buku adalah sumber ilmu pengetahuan yang patut kita baca dan pelajari. Apabila kita latih diri kita dengan tabiat membaca, ia bukan sahaja memperkayakan ilmu pengetahuan kita, malah membaca juga akan mengisi ruang hidup kita daripada menjalani sebuah kehidupan yang salah dari segi moral dan peraturan-peraturan sosial, atau undang-undang negara. Oleh yang demikian, buku sebenarnya tidaklah terlalu mahal harganya jika dibandingkan dengan harga sepiring makanan kegemaran yang kita nikmati setiap hari. Walaupun kita sangat jarang menemui kedai buku yang hampir dengan tempat tinggal kita jika dibandingkan dengan kedai makan, kedai runcit, pasar raya, dan gedung beli belah, kita tidak sepatutnya melupakan kedai buku. Kira-kira 25 tahun yang lalu, kita suda

Selamat Tahun Baru 2024 Masihi

Imej
Sudah menjadi tradisi dalam kalangan orang kita menyambut tahun baru dengan berbagai cara. Tapi sebagai seorang penulis, kita sudah tentu akan bermula dengan suatu cara yang sering dikatakan orang sangat mudah - seperti menulis sebuah nota dan catatan. Akan tetapi tidak ramai yang boleh menulis sebuah puisi atau sajak yang mempunyai suatu tujuan untuk membentuk pemikiran dan tabiat masyarakat kita di dalam kehidupan mereka sehari-hari. Tahun Baru bagi saya, sebenarnya sudah mula dirasakan pada bulan Disember tahun lepas, apabila ramai orang meninggalkan tempat kerja mereka lalu pergi bercuti keluar negeri atau membuat persediaan tertentu. Apabila ini berlaku, pejabat akan menjadi sunyi dan hanya beberapa orang sahaja yang melaksanakan tugas dan tanggungjawab mereka. Jika tidak ada yang perlu dibuat, mereka yang menunggu di pejabat ini hanya mampu bersosial di talian facebook , dan yang seumpamanya. Sepuluh tahun yang lalu, kita sudah menulis sebuah puisi yang mempersoalkan ‘fenomena ak

Letak Pena, dan Salute untuk Penulis Muda Kita

Imej
Kadang kala kita berasa mahu letak pena saja, bukan kerana mengalah atau jemu untuk menulis. Akan tapi, hati nurani kita ada kalanya berasa kosong dan hampir tidak mahu bergerak ke depan lagi. Lalu, kita berharap akan ada penulis muda yang menyambung harapan kita selama ini untuk menuju ke sebuah wawasan yang lebih baik, dan salute untuk semuanya. Berikut ini ialah sebuah sajak yang telah saya tulis beberapa tahun yang lalu, dan ia pernah mengingatkan saya untuk terus memegang pena sehingga kita dapat mencapai sebuah impian yang kita hasratkan - selagi hidup dan matinya kita hanya dengan hati nurani yang sungguh murni atau sebaliknya, sebagai seorang manusia yang menulis; Apabila Penulis Mati Apabila penulis mati dunia adalah tempat yang menyedihkan kerana ia telah mengakhiri kalimatnya - untuk selamanya sesudah menulis sebuah riwayat dan menjadikan manuskrip kehidupan ini sangat tebal dan penuh dengan makna bagaikan dakwat yang kering dan pena yang bergolek di sudut meja, kesaktiann

Kumpulan Drama TV "Amanat".

Imej
Judul: Kumpulan Drama TV "Amanat" Penulis: Puasha Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei Tahun: 2015 Muka Surat: 228p Binding: Kulit Nipis ISBN 978-99917-0-970-3 Harga: BND$7.00 PERKEMBANGAN MEDIA elektronik khususnya televisyen dan radio di negara ini telah membuka ruang dan peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya-karya mereka melalui penulisan skrip drama radio dan televisyen. Ini adalah kesempatan yang sangat berharga kepada mereka yang meminati bidang ini. Penciptaan skrip drama radio mahupun televisyen menuntut kepada keupayaan kreatif untuk menghasilkan skrip yang sempurna, baik dari segi babak, watak dan perwatakan, lokasi dan kejadian, aksi, visual dan kesan bunyi. Ini dengan sendirinya akan membentuk sebuah drama yang menarik untuk dipertontonkan dan dihayati kepada khalayaknya. Kumpulan Drama TV Amanat mengandungi empat buah drama TV, iaitu "Amanat", "Kembali ke Pangkal Jalan", "Menentang Arus", dan "Selamat Hari Jadi Mo